Monday, June 8, 2009

Perkembangan DeNOR Mushroom


Sedikit gambaran ketika penambahan Rumah Hasil..

Allhamdullilah, setelah setahun menjalankan perusahaan ini, kami di DeNOR sekali lagi telah mengorak langkah untuk terus memajukan industri asas tani ini.

Walaupun tidak sebesar mana pembahruan yang dibina, namun setakat inilah dahulu kemampuan kami. Jika ada rezeki, kami tambah lagi...Insyaallah.

Pembinaan Rumah Peram Ke-2 telah mula dibangunkan pada awal Jun 2009 seluas 20'x18'
manakala penambahan Rumah Hasil telah mula dibangunkan pada 26-Mei-2009.
Maka, keluasan rumah hasil kami menjadi 30'x16' yang boleh memuatkan lebih kurang 10000
bongkah.

Setakat ini, kami telah memiliki 2 Rumah Peram & 1 Rumah Hasil..

Tuesday, March 31, 2009

INFO : Effective Microorganisme

Effective Microorganism (EM)

EM : gabungan mikroorganisma yg. dibiakkan & terhasil secara semula jadi. EM terdiri daripada : bakteria phototropic, bakteria asid lactic dan yis. Dimajukan lebih 20 tahun lalu oleh Dr.Teruo Higa, seorang professor di Universiti Ryukyus di Okinawa, Jepun.

Kegunaan EM
Bahan Pertanian
-Menggalakkan gandaan mikroorganisma bermanfaat & menjadikan tanaman dan pengeluaran yg berkualiti dengan tumbesaran yg optima.

Binatang Ternakan
-Menghapus bau busuk binatang, menyembuhkan penyakit & campuran makanan ternakan agar ternakan menghasilkan daging, telur, susu dan ikan berkualiti tinggi.

Pengurusan sisa buangan
-Mengitar semula sisa organik seperti sampah dapur, rumput dan sebagainya. Dengan menyembur EM, ia boleh dijadikan sebagai baja kompos.

Rawatan Air
-Mengurangkan bau busuk, kawalan pencemaran air dan meninggikan ekosistem biodiversity.

Kegunaan seisi keluarga.
-Disembur di bilik air, dapur dan tempat-tempat lain dalam rumah untuk menghilangkan bau busuk dan menumpaskan pertumbuhan kulat.

Tuesday, March 24, 2009

Tepung goreng cendawan istimewa DeNOR dapat sambutan

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua.

Allhamdulillah selain dari memasarkan cendawan segar & menjual bongkah media berbenih, kami di DeNOR juga ada memasarkan Tepung Goreng Cendawan Istimewa DeNOR yang mana,
resepinya adalah datang dari saya sendiri.

Walaupun kaedah pemasaran kami agak kuno [ sekarang waktu frozen & vacum fry ] tapi,
setakat ini, itulah kemahiran & kemampuan kami. Insyaallah, akan datang kami akan
dapat mengikuti zaman frozen & lainnya.

Salutan tepung yang ranggup, keras, sedikit pedas & kekuningan setelah di goreng adalah kelebihan tepung kami.

Kebelakangan ini, setelah hampir setahun produk ini dipasarkan, sambutannya amat menggalakan. Setakat ini, pasaran kami telah sampai di Parit Raja (Johor), Batu Berandam, Masjid Tanah, Jasin (Melaka) & Jalan Semarak (KL)

Terima kasih kepada semua pelanggan2 tetap saya..

Friday, March 6, 2009

Cendawan dari pandangan ISLAM

Saya pernah terbaca dari hadis Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya :

"Aku pernah mendengar Nabi S.A.W bersabda : Cendawan adalah sejenis Manna ( satu anugerah yang sangat istimewa ) dan dan dapat mengubati mata"

Thursday, February 26, 2009

INFO : Ciri-Ciri Asas Rumah Cendawan [ Peram ]


Pemeraman selama 60 hari diperlukan sebelum bongkah media dapat mengeluarkan hasil.
Rumah peram sedikit berbeza dengan keadaan rumah hasil.
Ciri-ciri utama berikut adalah keutamaan :

1. Berkeadaan bersih dan gelap
2. Suhu terkawal : 27°C~30°C
3. Pengaliran udara yang baik

Nota :
1. Ketika waktu peram, siraman ke atas bongkah tidak diperlukan.

Untuk keterangan lebih lanjut dan merasai/melihat keadaan rumah hasil & peram, sila hadiri kursus peusahaan cendawan di DeNOR yang dibuat terus di rumah cendawan.

INFO : Ciri-Ciri Asas Rumah Cendawan [ Hasil ]


Pembinaan rumah hasil yang baik dapat meningkatkan quality & cendawan.
Saiz @ keluasan rumah cendawan bergantung kepada kemampuan pemilik.
Ciri-ciri utama berikut adalah keutamaan :

1. Mempunyai aliran pengudaraan yang baik
2. Suhu sentiasa terkawal : <27°C
3. Kelembapan yang terkawal & tinggi : >80%
4. Berkeadaan gelap
5. Bersih

Untuk mengekalkan kelembapan & suhu :
1. Siraman
2. Penggunaan atap nipah
3. Penggunaan netting hitam

Untuk keterangan lanjut sila hadiri kursus perusahaan cendawan di DeNOR.

Tuesday, February 17, 2009

Jualan Bongkah

Jualan bongkah setakat ini : 200 bongkah matang

Pelanggan terdiri dari rakan rakan sekerja dan kenalan baru.
Kebanyakan dari mereka, ingin cuba merasa bagaimana menjaga tanaman cendawan.
Jumlah jualan yang kecil ini merupakan satu petanda baik bagi kami.
Jika dibandingkan dengan pengeluar lain, angka 200 bongkah mungkin terlalu kecil.

Alhamdulillah, setakat ini kami menerima maklum balas yang amat baik mengenai
bongkah hasil keluaran DeNOR.

Semoga kami di DeNOr terus maju.

Stok Bongkah pada 17-Feb-2009


Bongkah yang telah siap setakat hari ini :
Matang ~ 3000 bongkah
Separa Matang ~ 2000 bongkah
Telah keluar hasil ~ 1000 bongkah

Bagi kami di DeNOR, ini merupakan satu permulaan yang amat baik, bagi penghasilan bongkah setelah 1.5 bulan cuba menghasilkannya.

Terima kasih kepada En.Raiz (Impian Mushroom) & En.Fisol (AYNE) kerana banyak membantu dalam menyelesaikan masalah yang kami hadapi.

Friday, February 6, 2009

Khasiat cendawan tiram kelabu ( Oyster Mushroom )

Cendawan tiram amat digemari kerana khasiatnya yang tinggi :
1. Mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan rendah lemak
2. Rendah kalori dan serat yang tinggi
3. Zat-zat galian yang penting untuk kesihatan
4. Kandungan protein dua kali ganda dari sayuran hijau
5. Amat sesuai untuk penyakit diabetis

Fakta komposisi zat dalam cendawan tiram ( 100g )
> Tenaga : 37 Kcal
> Air : 89.2 gram
> Karbohidrat : 4.1 gram
> Protein : 3.6 gram
> Serat : 1.8 gram
> Lemak : 0.7 gram
> Kalium : 195 miligram
> Fosforus : 88 miligram

Tuesday, February 3, 2009

Tapak perusahaan cendawan


Bangsal hasil berukuran 20'x16', bangsal peram 12'x12' dan bilik suntik 10'x12'
Bertempat di Sri Medan, Batu Pahat, Johor.