Tuesday, June 8, 2010

Commercials breaks : mula beroperasi

Assalamualaikum & salam satu Malaysia...

Lama dah kami menyepi..
almaklumlah..tak banyak cerita yang bole dikongsi..

Tapi pada 7-Jun-10, bangsal ke-2 kami yang telah 2 bulan kosong kini mula beroperasi
semula.

Terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian kerana telah menyumbangkan
bantuan kepada pihak DeNOR Mushroom.

Bersambunggggggggg....

Saturday, February 6, 2010

Commercial breaks : I'm back!

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Dah lama tak update blog & bagitahu khabar tentang DeNOR...

DeNOR sedang dalam usaha pemulihan setelah menghadapi masalah
kerosakan bongkah akhir2 ini...banyak jugak ler...dalam 4000 bongkah
habis...

Satu bangsal terpaksa kami kosongkan...sebab, dikhuatiri berpunca dari hama...
Actually banyak bende kene tengok kalau bongkah bermasalah ni.. tapi
kali ni, kami rasa memang hama puncanya...sebab...masuk bangsal je terasa macam
gatal2 gitu..kalau orang jawa cakap "gurem"

Maka, tinggallah, satu bangsal peram & satu lagi bangsal hasil...

Buat masa ni, kami terpaksa melayan pelanggan tetap sahaja..tak dapat memenuhi kehendak kekawan yang kekadang mintak..maaf bebanyak..

Tapi Alhamdulillah, kami masih mampu bertahan dan meneruskan perusahaan ini..

Itu sahaja setakat ni, sedikit khabar tentang DeNOR Mushroom Enterprise..