Thursday, June 18, 2009

Sekitar pembinaan rumah peram ke-2


Sedikit gambaran ketika pembinaan rumah peram ke-2
Tak la sebesar mana...setakat 22'x 18' je..
Boleh memuatkan dalam 7000 bongkah...

Wednesday, June 10, 2009

RESEPI : Cendawan tiram tumis berlada


Resepi untuk 2 orang makan sahaja.

Bahan :
1. 200gram cendawan tiram segar
2. Seulas bawang besar
3. 2 biji bawang putih
4. Cili hijau besar 2 biji
5. Cili padi [ kalau nak pedas, lebihkan cili padi ]
6. Sedikit ikan bilis
7. Garam secukup rasa

Cara masakan :
1. Ceraikan cendawan tadi mengikut saiz yang anda gemari.
2. Hiris semua bahan tadi kecuali ikan bilis & garam.
3. Tumis dahulu hirisan bahan tadi & ikan bilis dalam sedikit minyak panas.
4. Masukkan garam secukup rasa & tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan cendawan tadi & gaulkan bersama bahan2 yang telah ditumis tadi.
6. Gaul sehingga agak layu & sedia diangkat untuk dihidang.

Hu hu..ni masakan ala jawa ni...sedap tu..cuba jangan tak cuba
Ingat!! jangan basuh cendawan tu..cendawan DeNOR dijamin kebersihannya.

Monday, June 8, 2009

Commercial Break : Tauke DeNOR 'berposing'


He he...sesekali nak gak berposing ketika petik cendawan & bersama gadjet2 membuat bongkah [penapis habuk]....

ala mcm kekawan yang dah berjaya & masuk suratkhabar @ majalah...berangan tu penting beb!!

Perkembangan DeNOR Mushroom


Sedikit gambaran ketika penambahan Rumah Hasil..

Allhamdullilah, setelah setahun menjalankan perusahaan ini, kami di DeNOR sekali lagi telah mengorak langkah untuk terus memajukan industri asas tani ini.

Walaupun tidak sebesar mana pembahruan yang dibina, namun setakat inilah dahulu kemampuan kami. Jika ada rezeki, kami tambah lagi...Insyaallah.

Pembinaan Rumah Peram Ke-2 telah mula dibangunkan pada awal Jun 2009 seluas 20'x18'
manakala penambahan Rumah Hasil telah mula dibangunkan pada 26-Mei-2009.
Maka, keluasan rumah hasil kami menjadi 30'x16' yang boleh memuatkan lebih kurang 10000
bongkah.

Setakat ini, kami telah memiliki 2 Rumah Peram & 1 Rumah Hasil..