Wednesday, June 10, 2009

RESEPI : Cendawan tiram tumis berlada


Resepi untuk 2 orang makan sahaja.

Bahan :
1. 200gram cendawan tiram segar
2. Seulas bawang besar
3. 2 biji bawang putih
4. Cili hijau besar 2 biji
5. Cili padi [ kalau nak pedas, lebihkan cili padi ]
6. Sedikit ikan bilis
7. Garam secukup rasa

Cara masakan :
1. Ceraikan cendawan tadi mengikut saiz yang anda gemari.
2. Hiris semua bahan tadi kecuali ikan bilis & garam.
3. Tumis dahulu hirisan bahan tadi & ikan bilis dalam sedikit minyak panas.
4. Masukkan garam secukup rasa & tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan cendawan tadi & gaulkan bersama bahan2 yang telah ditumis tadi.
6. Gaul sehingga agak layu & sedia diangkat untuk dihidang.

Hu hu..ni masakan ala jawa ni...sedap tu..cuba jangan tak cuba
Ingat!! jangan basuh cendawan tu..cendawan DeNOR dijamin kebersihannya.

No comments: