
Sedikit informasi mengenai bilik suntik. Penyuntikan benih memerlukan kebersihan persekitaran yang baik. Ini bagi mengelakkan berlakunya pencemaran ketika kerja2
penyuntikan benih dijalankan, sekaligus menghidar daripada penyakit.
Asas pembinaan/keadaan bilik suntik :
1. Sentiasa dalam keadaan kering
2. Bersih - penyemburan Detol sebelum dan selepas menyuntik dapat membantu dalam pengawalan kebersihan bilik suntik
3. Mempunyai kitaran udara yang baik
Pembinaannya tidak semestinya menggunakan batu sepenuhnya, lantai ber-tile, aircond, mempunyai UV light & lain2.
Tidak dinafikan, bahawa keberkesanannya jelas, namun bagi mereka yang ingin memulakan perusahaan tanaman cendawan dengan modal yang kecil, 3 perkara asas seperti di atas mesti diutamakan.