Thursday, February 14, 2013

Commercials breaks : Baru...

Hmm dah hampir 2 tahun tak update...banyak perkara dah berubah..nanti ada masa, kami sambung cerita ye...assalamualikum.

Saturday, December 10, 2011

Commercials break : khabar dari kami....


Assalamualaikum & salam satu malaysia...

Dah terlalu lama kami tak update blog ni..
Untuk pengetahuan...Kami dah tambah ahli...Nurmiera Aneesa namanya..
Anak kedua kami..

Untuk DME, kami telah mengaktifkan semula jualan cendawan & tepung di kawasan Melaka.
Diharap usaha kami akan mendapat sambutan sekali lagi...

Sekian untuk kali ini....

Tuesday, June 8, 2010

Commercials breaks : mula beroperasi

Assalamualaikum & salam satu Malaysia...

Lama dah kami menyepi..
almaklumlah..tak banyak cerita yang bole dikongsi..

Tapi pada 7-Jun-10, bangsal ke-2 kami yang telah 2 bulan kosong kini mula beroperasi
semula.

Terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian kerana telah menyumbangkan
bantuan kepada pihak DeNOR Mushroom.

Bersambunggggggggg....

Saturday, February 6, 2010

Commercial breaks : I'm back!

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Dah lama tak update blog & bagitahu khabar tentang DeNOR...

DeNOR sedang dalam usaha pemulihan setelah menghadapi masalah
kerosakan bongkah akhir2 ini...banyak jugak ler...dalam 4000 bongkah
habis...

Satu bangsal terpaksa kami kosongkan...sebab, dikhuatiri berpunca dari hama...
Actually banyak bende kene tengok kalau bongkah bermasalah ni.. tapi
kali ni, kami rasa memang hama puncanya...sebab...masuk bangsal je terasa macam
gatal2 gitu..kalau orang jawa cakap "gurem"

Maka, tinggallah, satu bangsal peram & satu lagi bangsal hasil...

Buat masa ni, kami terpaksa melayan pelanggan tetap sahaja..tak dapat memenuhi kehendak kekawan yang kekadang mintak..maaf bebanyak..

Tapi Alhamdulillah, kami masih mampu bertahan dan meneruskan perusahaan ini..

Itu sahaja setakat ni, sedikit khabar tentang DeNOR Mushroom Enterprise..

Saturday, November 7, 2009

Commercial Break : Student UPSI buat bongkah


Rajin betul bebudak UPSI ni...
susah nak dapat anak muda yang rerajin mcm ni..

4 sekawan ni, 3 dari Johor..
1 dari Selangor..

Gambar sekadar mengimbau kedatangan diaorang...
Banyak jugak le bongkah yang diaorang siapkan,

Boleh dikira bongkah yang diaorang siapkan tu di gelar 'bongkah terpelajar'
sebab yang membuatnya adalah bakal cikgu/lecture..keh keh

Tuesday, November 3, 2009

RESEPI : Solomon cili bertepung DeNOR


Resepi dari seorang pelanggan DeNOR..
"Tepung goreng istimewa DeNOR bukan saja sedap untuk goreng cendawan" katanya

Bahan :
1. Sehiris ikan Solomon
2. 3 sudu besar tepung goreng istimewa DeNOR
3. 1 sudu kecil serbuk cili

Cara masakan :
1. Basuh hirisan ikan solomon tadi sehingga bersih
2. Adun tepung DeNOR bersama serbuk cili
3. Bancuh dengan sedikit air
4. Panaskan sedikit minyak (goreng dengan minyak yang sedikit)
5. Celup hirisan tadi kedalam bancuhan tepung dan goreng
6. pastikan ia masak dan garing dan hidangkan
7. Sesuai dimakan bersama salad/mayonis/kentang

He he, ala ala mat salleh makan...atau nama hidangan dalam english :
DeNOR Spicy Solomon Slice...

Sunday, July 12, 2009

INFO : Ciri - Ciri Asas Bilik Suntik [ Pembenihan ]


Sedikit informasi mengenai bilik suntik. Penyuntikan benih memerlukan kebersihan persekitaran yang baik. Ini bagi mengelakkan berlakunya pencemaran ketika kerja2
penyuntikan benih dijalankan, sekaligus menghidar daripada penyakit.

Asas pembinaan/keadaan bilik suntik :

1. Sentiasa dalam keadaan kering

2. Bersih - penyemburan Detol sebelum dan selepas menyuntik dapat membantu dalam pengawalan kebersihan bilik suntik

3. Mempunyai kitaran udara yang baik

Pembinaannya tidak semestinya menggunakan batu sepenuhnya, lantai ber-tile, aircond, mempunyai UV light & lain2.
Tidak dinafikan, bahawa keberkesanannya jelas, namun bagi mereka yang ingin memulakan perusahaan tanaman cendawan dengan modal yang kecil, 3 perkara asas seperti di atas mesti diutamakan.

DeNOR transport


Assalamualaikum,

Pada 11-July-2009, saya telah membawa sebuah Datsun Pickup 1981 dari Semerah ke Sri Medan dimana terletaknya syarikat DME.

Perjalanan mengambil masa selama hampir 1 jam. Alhamdullilah, semua dalam keadaan baik.
Enjin Datsun [Nissan] masih lagi kuat & tahan, kerangka pickup yang boleh dikatakan masih baik...Geran, Road Tax, semua cukup...Tinggal tukar nama je.

Saya, cukup berpuashati dengan harga yang diberikan. Namun masih lagi perlukan sedikit 'Touch Up' untuk lebih tahan lama & cantik.

Tujuan utama, pembelian pickup ini adalah untuk kegunaan keluarga saya dalam aktiviti kampung...saya sekadar menumpang pakai untuk kerja2 pengangkutan bongkah,
dedak beras & lain2.

Kalau dulu pakai motor....he he sekarang pakai pickup!!

Thursday, June 18, 2009

Sekitar pembinaan rumah peram ke-2


Sedikit gambaran ketika pembinaan rumah peram ke-2
Tak la sebesar mana...setakat 22'x 18' je..
Boleh memuatkan dalam 7000 bongkah...