Saturday, November 7, 2009

Commercial Break : Student UPSI buat bongkah


Rajin betul bebudak UPSI ni...
susah nak dapat anak muda yang rerajin mcm ni..

4 sekawan ni, 3 dari Johor..
1 dari Selangor..

Gambar sekadar mengimbau kedatangan diaorang...
Banyak jugak le bongkah yang diaorang siapkan,

Boleh dikira bongkah yang diaorang siapkan tu di gelar 'bongkah terpelajar'
sebab yang membuatnya adalah bakal cikgu/lecture..keh keh

Tuesday, November 3, 2009

RESEPI : Solomon cili bertepung DeNOR


Resepi dari seorang pelanggan DeNOR..
"Tepung goreng istimewa DeNOR bukan saja sedap untuk goreng cendawan" katanya

Bahan :
1. Sehiris ikan Solomon
2. 3 sudu besar tepung goreng istimewa DeNOR
3. 1 sudu kecil serbuk cili

Cara masakan :
1. Basuh hirisan ikan solomon tadi sehingga bersih
2. Adun tepung DeNOR bersama serbuk cili
3. Bancuh dengan sedikit air
4. Panaskan sedikit minyak (goreng dengan minyak yang sedikit)
5. Celup hirisan tadi kedalam bancuhan tepung dan goreng
6. pastikan ia masak dan garing dan hidangkan
7. Sesuai dimakan bersama salad/mayonis/kentang

He he, ala ala mat salleh makan...atau nama hidangan dalam english :
DeNOR Spicy Solomon Slice...

Sunday, July 12, 2009

INFO : Ciri - Ciri Asas Bilik Suntik [ Pembenihan ]


Sedikit informasi mengenai bilik suntik. Penyuntikan benih memerlukan kebersihan persekitaran yang baik. Ini bagi mengelakkan berlakunya pencemaran ketika kerja2
penyuntikan benih dijalankan, sekaligus menghidar daripada penyakit.

Asas pembinaan/keadaan bilik suntik :

1. Sentiasa dalam keadaan kering

2. Bersih - penyemburan Detol sebelum dan selepas menyuntik dapat membantu dalam pengawalan kebersihan bilik suntik

3. Mempunyai kitaran udara yang baik

Pembinaannya tidak semestinya menggunakan batu sepenuhnya, lantai ber-tile, aircond, mempunyai UV light & lain2.
Tidak dinafikan, bahawa keberkesanannya jelas, namun bagi mereka yang ingin memulakan perusahaan tanaman cendawan dengan modal yang kecil, 3 perkara asas seperti di atas mesti diutamakan.

DeNOR transport


Assalamualaikum,

Pada 11-July-2009, saya telah membawa sebuah Datsun Pickup 1981 dari Semerah ke Sri Medan dimana terletaknya syarikat DME.

Perjalanan mengambil masa selama hampir 1 jam. Alhamdullilah, semua dalam keadaan baik.
Enjin Datsun [Nissan] masih lagi kuat & tahan, kerangka pickup yang boleh dikatakan masih baik...Geran, Road Tax, semua cukup...Tinggal tukar nama je.

Saya, cukup berpuashati dengan harga yang diberikan. Namun masih lagi perlukan sedikit 'Touch Up' untuk lebih tahan lama & cantik.

Tujuan utama, pembelian pickup ini adalah untuk kegunaan keluarga saya dalam aktiviti kampung...saya sekadar menumpang pakai untuk kerja2 pengangkutan bongkah,
dedak beras & lain2.

Kalau dulu pakai motor....he he sekarang pakai pickup!!

Thursday, June 18, 2009

Sekitar pembinaan rumah peram ke-2


Sedikit gambaran ketika pembinaan rumah peram ke-2
Tak la sebesar mana...setakat 22'x 18' je..
Boleh memuatkan dalam 7000 bongkah...

Wednesday, June 10, 2009

RESEPI : Cendawan tiram tumis berlada


Resepi untuk 2 orang makan sahaja.

Bahan :
1. 200gram cendawan tiram segar
2. Seulas bawang besar
3. 2 biji bawang putih
4. Cili hijau besar 2 biji
5. Cili padi [ kalau nak pedas, lebihkan cili padi ]
6. Sedikit ikan bilis
7. Garam secukup rasa

Cara masakan :
1. Ceraikan cendawan tadi mengikut saiz yang anda gemari.
2. Hiris semua bahan tadi kecuali ikan bilis & garam.
3. Tumis dahulu hirisan bahan tadi & ikan bilis dalam sedikit minyak panas.
4. Masukkan garam secukup rasa & tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan cendawan tadi & gaulkan bersama bahan2 yang telah ditumis tadi.
6. Gaul sehingga agak layu & sedia diangkat untuk dihidang.

Hu hu..ni masakan ala jawa ni...sedap tu..cuba jangan tak cuba
Ingat!! jangan basuh cendawan tu..cendawan DeNOR dijamin kebersihannya.

Monday, June 8, 2009

Commercial Break : Tauke DeNOR 'berposing'


He he...sesekali nak gak berposing ketika petik cendawan & bersama gadjet2 membuat bongkah [penapis habuk]....

ala mcm kekawan yang dah berjaya & masuk suratkhabar @ majalah...berangan tu penting beb!!

Perkembangan DeNOR Mushroom


Sedikit gambaran ketika penambahan Rumah Hasil..

Allhamdullilah, setelah setahun menjalankan perusahaan ini, kami di DeNOR sekali lagi telah mengorak langkah untuk terus memajukan industri asas tani ini.

Walaupun tidak sebesar mana pembahruan yang dibina, namun setakat inilah dahulu kemampuan kami. Jika ada rezeki, kami tambah lagi...Insyaallah.

Pembinaan Rumah Peram Ke-2 telah mula dibangunkan pada awal Jun 2009 seluas 20'x18'
manakala penambahan Rumah Hasil telah mula dibangunkan pada 26-Mei-2009.
Maka, keluasan rumah hasil kami menjadi 30'x16' yang boleh memuatkan lebih kurang 10000
bongkah.

Setakat ini, kami telah memiliki 2 Rumah Peram & 1 Rumah Hasil..

Tuesday, March 31, 2009

INFO : Effective Microorganisme

Effective Microorganism (EM)

EM : gabungan mikroorganisma yg. dibiakkan & terhasil secara semula jadi. EM terdiri daripada : bakteria phototropic, bakteria asid lactic dan yis. Dimajukan lebih 20 tahun lalu oleh Dr.Teruo Higa, seorang professor di Universiti Ryukyus di Okinawa, Jepun.

Kegunaan EM
Bahan Pertanian
-Menggalakkan gandaan mikroorganisma bermanfaat & menjadikan tanaman dan pengeluaran yg berkualiti dengan tumbesaran yg optima.

Binatang Ternakan
-Menghapus bau busuk binatang, menyembuhkan penyakit & campuran makanan ternakan agar ternakan menghasilkan daging, telur, susu dan ikan berkualiti tinggi.

Pengurusan sisa buangan
-Mengitar semula sisa organik seperti sampah dapur, rumput dan sebagainya. Dengan menyembur EM, ia boleh dijadikan sebagai baja kompos.

Rawatan Air
-Mengurangkan bau busuk, kawalan pencemaran air dan meninggikan ekosistem biodiversity.

Kegunaan seisi keluarga.
-Disembur di bilik air, dapur dan tempat-tempat lain dalam rumah untuk menghilangkan bau busuk dan menumpaskan pertumbuhan kulat.

Tuesday, March 24, 2009

Tepung goreng cendawan istimewa DeNOR dapat sambutan

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua.

Allhamdulillah selain dari memasarkan cendawan segar & menjual bongkah media berbenih, kami di DeNOR juga ada memasarkan Tepung Goreng Cendawan Istimewa DeNOR yang mana,
resepinya adalah datang dari saya sendiri.

Walaupun kaedah pemasaran kami agak kuno [ sekarang waktu frozen & vacum fry ] tapi,
setakat ini, itulah kemahiran & kemampuan kami. Insyaallah, akan datang kami akan
dapat mengikuti zaman frozen & lainnya.

Salutan tepung yang ranggup, keras, sedikit pedas & kekuningan setelah di goreng adalah kelebihan tepung kami.

Kebelakangan ini, setelah hampir setahun produk ini dipasarkan, sambutannya amat menggalakan. Setakat ini, pasaran kami telah sampai di Parit Raja (Johor), Batu Berandam, Masjid Tanah, Jasin (Melaka) & Jalan Semarak (KL)

Terima kasih kepada semua pelanggan2 tetap saya..

Friday, March 6, 2009

Cendawan dari pandangan ISLAM

Saya pernah terbaca dari hadis Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya :

"Aku pernah mendengar Nabi S.A.W bersabda : Cendawan adalah sejenis Manna ( satu anugerah yang sangat istimewa ) dan dan dapat mengubati mata"

Thursday, February 26, 2009

INFO : Ciri-Ciri Asas Rumah Cendawan [ Peram ]


Pemeraman selama 60 hari diperlukan sebelum bongkah media dapat mengeluarkan hasil.
Rumah peram sedikit berbeza dengan keadaan rumah hasil.
Ciri-ciri utama berikut adalah keutamaan :

1. Berkeadaan bersih dan gelap
2. Suhu terkawal : 27°C~30°C
3. Pengaliran udara yang baik

Nota :
1. Ketika waktu peram, siraman ke atas bongkah tidak diperlukan.

Untuk keterangan lebih lanjut dan merasai/melihat keadaan rumah hasil & peram, sila hadiri kursus peusahaan cendawan di DeNOR yang dibuat terus di rumah cendawan.

INFO : Ciri-Ciri Asas Rumah Cendawan [ Hasil ]


Pembinaan rumah hasil yang baik dapat meningkatkan quality & cendawan.
Saiz @ keluasan rumah cendawan bergantung kepada kemampuan pemilik.
Ciri-ciri utama berikut adalah keutamaan :

1. Mempunyai aliran pengudaraan yang baik
2. Suhu sentiasa terkawal : <27°C
3. Kelembapan yang terkawal & tinggi : >80%
4. Berkeadaan gelap
5. Bersih

Untuk mengekalkan kelembapan & suhu :
1. Siraman
2. Penggunaan atap nipah
3. Penggunaan netting hitam

Untuk keterangan lanjut sila hadiri kursus perusahaan cendawan di DeNOR.

Tuesday, February 17, 2009

Jualan Bongkah

Jualan bongkah setakat ini : 200 bongkah matang

Pelanggan terdiri dari rakan rakan sekerja dan kenalan baru.
Kebanyakan dari mereka, ingin cuba merasa bagaimana menjaga tanaman cendawan.
Jumlah jualan yang kecil ini merupakan satu petanda baik bagi kami.
Jika dibandingkan dengan pengeluar lain, angka 200 bongkah mungkin terlalu kecil.

Alhamdulillah, setakat ini kami menerima maklum balas yang amat baik mengenai
bongkah hasil keluaran DeNOR.

Semoga kami di DeNOr terus maju.

Stok Bongkah pada 17-Feb-2009


Bongkah yang telah siap setakat hari ini :
Matang ~ 3000 bongkah
Separa Matang ~ 2000 bongkah
Telah keluar hasil ~ 1000 bongkah

Bagi kami di DeNOR, ini merupakan satu permulaan yang amat baik, bagi penghasilan bongkah setelah 1.5 bulan cuba menghasilkannya.

Terima kasih kepada En.Raiz (Impian Mushroom) & En.Fisol (AYNE) kerana banyak membantu dalam menyelesaikan masalah yang kami hadapi.

Friday, February 6, 2009

Khasiat cendawan tiram kelabu ( Oyster Mushroom )

Cendawan tiram amat digemari kerana khasiatnya yang tinggi :
1. Mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan rendah lemak
2. Rendah kalori dan serat yang tinggi
3. Zat-zat galian yang penting untuk kesihatan
4. Kandungan protein dua kali ganda dari sayuran hijau
5. Amat sesuai untuk penyakit diabetis

Fakta komposisi zat dalam cendawan tiram ( 100g )
> Tenaga : 37 Kcal
> Air : 89.2 gram
> Karbohidrat : 4.1 gram
> Protein : 3.6 gram
> Serat : 1.8 gram
> Lemak : 0.7 gram
> Kalium : 195 miligram
> Fosforus : 88 miligram

Tuesday, February 3, 2009

Tapak perusahaan cendawan


Bangsal hasil berukuran 20'x16', bangsal peram 12'x12' dan bilik suntik 10'x12'
Bertempat di Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

Saturday, January 31, 2009

Cara-cara penyediaan cendawan goreng DeNOR



50g tepung goreng istimewa DeNOR boleh digunakan untuk 90g~100g cendawan.
Penetapan berat tepung adalah mengikut kehendak pelanggan.

Kaedah penyediaan : 50g tepung & 90g cendawan
1. Sediakan cendawan segar yang telah dicerai-ceraikan [ sebesar 2 atau 3 jari ]
2. Bancuh tepung DeNOR tadi dengan menggunakan 65~70ml air.
3. Pastikan minyak telah betul-betul panas [ minyak yang kurang panas akan menyebabkan, cendawan goreng anda berminyak ]
4. Masukkan cendawan segar tadi ke dalam bancuhan tepung.
5. Goreng cendawan tadi sehingga kekuningan dan hidangkan.
6. Sememangnya enak & rangup.

Untuk lebih perasa, anda boleh sediakan sos atau sambal kicap sebagai pencicah.
Tips rahsia cendawan goreng :
1. Jangan basuh cendawan [ pastikan sumber cendawan bersih, cendawan DeNOR dijamin bersih ]
2. Pastikan minyak betul-betul panas.

Friday, January 30, 2009

DeNOR mushroom enterprise_Batu Pahat Johor

Setelah 7 bln beroperasi,
Denor Mushroom Enterprise (DME) telah mengorak langkah menyediakan perkhidmatan :
1. Cendawan tiram kelabu segar
2. Beg media/bongkah ( tanpa benih, separa matang & matang )
3. Tepung goreng cendawan istimewa
4. Kursus lengkap bagi perusahaan cendawan
Selain itu, kami juga sedia menerima tempahan untuk pembinaan bangsal mengikut spesifikasi yang diperlukan bagi penanaman cendawan.