Sunday, July 12, 2009

INFO : Ciri - Ciri Asas Bilik Suntik [ Pembenihan ]


Sedikit informasi mengenai bilik suntik. Penyuntikan benih memerlukan kebersihan persekitaran yang baik. Ini bagi mengelakkan berlakunya pencemaran ketika kerja2
penyuntikan benih dijalankan, sekaligus menghidar daripada penyakit.

Asas pembinaan/keadaan bilik suntik :

1. Sentiasa dalam keadaan kering

2. Bersih - penyemburan Detol sebelum dan selepas menyuntik dapat membantu dalam pengawalan kebersihan bilik suntik

3. Mempunyai kitaran udara yang baik

Pembinaannya tidak semestinya menggunakan batu sepenuhnya, lantai ber-tile, aircond, mempunyai UV light & lain2.
Tidak dinafikan, bahawa keberkesanannya jelas, namun bagi mereka yang ingin memulakan perusahaan tanaman cendawan dengan modal yang kecil, 3 perkara asas seperti di atas mesti diutamakan.

DeNOR transport


Assalamualaikum,

Pada 11-July-2009, saya telah membawa sebuah Datsun Pickup 1981 dari Semerah ke Sri Medan dimana terletaknya syarikat DME.

Perjalanan mengambil masa selama hampir 1 jam. Alhamdullilah, semua dalam keadaan baik.
Enjin Datsun [Nissan] masih lagi kuat & tahan, kerangka pickup yang boleh dikatakan masih baik...Geran, Road Tax, semua cukup...Tinggal tukar nama je.

Saya, cukup berpuashati dengan harga yang diberikan. Namun masih lagi perlukan sedikit 'Touch Up' untuk lebih tahan lama & cantik.

Tujuan utama, pembelian pickup ini adalah untuk kegunaan keluarga saya dalam aktiviti kampung...saya sekadar menumpang pakai untuk kerja2 pengangkutan bongkah,
dedak beras & lain2.

Kalau dulu pakai motor....he he sekarang pakai pickup!!